Wednesday, October 10, 2012

Angkasa Yakin Koperasi Sumbang 5.0 Peratus Kepada KDNK Pada 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=700541

Published: October 09, 2012

KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkeyakinan bahawa sektor koperasi di negara ini mampu menyumbang sekurang-kurangnya 5.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.

Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan rangsangan yang diberikan kerajaan melalui penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara 1.0 hingga 7.0 mata peratusan dalam Belanjawan 2013.

Katanya fokus khusus yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada belanjawan itu bakal mengubah landskap aktiviti komersil koperasi dengan jangkaan lebih ramai golongan muda terbabit dengan koperasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Persidangan Koperasi Angkasa-Persekutuan Koperasi Singapura Kebangsaan (SNCF) di sini.

Menurutnya, dengan lebih tujuh juta ahli koperasi di seluruh negara, sasaran itu mampu dicapai dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk membimbing koperasi kecil yang jumlahnya hampir 90 peratus di seluruh negara.

"Dengan penggubalan Dasar Koperasi Negara 2011-2020, Angkasa optimis sasaran 10 peratus koperasi menyumbang kepada KDNK negara mampu dicapai," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment