Wednesday, October 10, 2012

Bank Bumiputra erat hubungan ahli

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-bumiputra-erat-hubungan-ahli-1.92787

Published: October 09, 2012

Wartawan Sinar Harian

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh berucap melancarkan Koperasi Bank Bumiputra Malaysia 
Berhad dan Hari Keluarga Ex-BBMB 2012 di Hulu Yam, Gombak
 
‘Tema Setia Serumpun’ di bawah logo Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) dapat direalisasikan melalui hubungan kukuh di kalangan ahli, walaupun namanya telah terkubur hampir 13 tahun.

Pengerusi Koperasi BBMB Malaysia Berhad (KOOP BBMB), Mohd Fadzil berkata, setelah sekian lama, bekas kakitangan BBMB dapat bersama membawa nama BBMB.

Katanya, pertemuan tahunan ini menunjukkan ukhuwah yang dibina tidak putus.

Majlis hari keluarga tahunan yang dihadiri 500 bekas kakitangan BBMB, sekali gus memeterai perjanjian kerjasama di antara syarikat, ahli dan koperasi.

Dalam ucapan, bekas pengerusinya, Tengku Razaleigh Hamzah berharap agar koperasi ini menjadi antara koperasi terbaik Malaysia dan dunia.

“Harapan kita agar koperasi ini dapat memberi pulangan pelaburan terbaik melalui penglibatan di dalam semua sektor ekonomi yang berlandaskan syariah,” katanya.

No comments:

Post a Comment