Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AngkasaFoodunjurjualanRM30j/Article/index_html
Published: October 26, 2012
Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, sasaran berkenaan dijangka dapat dicapai khususnya dengan menumpukan perhatian kepada pasaran luar negara.
“Buat masa ini, kami hanya memberi tumpuan kepada pasaran luar negara kerana produk makanan dari Malaysia mendapat sambutan baik khususnya di kalangan negara Islam,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi di Bangi, semalam.
Menurutnya, pihaknya juga menjangkakan untuk menjana jualan sehingga RM5 juta bagi produk makanan siap dimasak dalam tempoh setahun.
“Selain makanan siap dimasak, kami juga akan memasarkan produk makanan mentah seperti ayam proses dan ia dijangka menjadi produk utama yang akan dipasarkan,” katanya.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Angkasa dalam membantu ahli menjana pendapatan dan dalam masa sama membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk yang dihasilkan ke pasaran lebih luas.
No comments:
Post a Comment