Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM90jsetahun/Article/index_html
Published: October 16, 2012
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
KOPERASI Serbaguna Iman Malaysia Berhad (Koiman) menyasarkan
perolehan pendapatan kira-kira RM90 juta setahun menerusi pembukaan lima
cawangan francais pajak gadai Islam, Ar-Rahnu X’Change bagi tempoh lima
tahun akan datang.
Pengurusnya, Siti Rohani Abuyan berkata, ketika ini Koiman
mengendalikan dua cawangan Ar-Rahnu X’Change yang terletak di Gombak dan
Seri Kembangan, Selangor dengan anggaran pengeluaran pinjaman RM36 juta
setahun.
“Operasi perniagaan Koiman bermula dengan aktiviti
menawarkan pembiayaan peribadi dan barangan pengguna kepada ahli ketika
ditubuhkan pada 1981. Namun, pengembangan operasi syarikat diperluas
dengan pemilikan francais Ar-Rahnu Exchange yang pertama pada 2008 dan
diteruskan dengan pemilikan kedua di Seri Kembangan, Selangor pada
September lalu.
“Kami mengendalikan kira-kira 400 hingga 500 transaksi dengan
jumlah pengeluaran pinjaman RM2 juta sebulan. Buat masa ini jumlah
keseluruhan penggadai sejak 2010 adalah 1,000 orang dengan baki pinjaman
RM35 juta,” katanya.
Menurutnya, Koiman menyasar membuka tiga
cawangan lagi bermula tahun depan dengan satu di Johor, Perak (2014)
manakala Lembah Klang pada 2015.
“Ar-Rahnu X’Change Koiman
berjaya memperoleh balik pusingan modal kurang dari tiga tahun
berbanding sasaran francaisor iaitu lima tahun,” katanya ketika ditemui.
No comments:
Post a Comment