Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BiayamikroRM20juta/Article/index_html
Published: October 25, 2012
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Musa Abdul Malek berkata, produk itu direka khusus untuk membolehkan pesara kerajaan dan tentera; isteri tentera serta peneroka Felcra memula, menambahkan modal atau membesarkan perniagaan masing-masing.
“Terdapat 800,000 pesara kerajaan berpencen di samping bilangan isteri tentera yang juga ramai jumlahnya di negara ini.
“Kami yakin mampu mencapai unjuran ditetapkan berikutan kami mengetahui dan memahami kumpulan sasaran,” katanya selepas melancarkan skim pembiayaan berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, mereka yang berminat boleh memohon pinjaman minimum RM5,000 hingga RM50,000 bagi tempoh pembiayaan selama enam bulan hingga lima tahun.
“Menariknya, kami menawarkan kadar faedah pinjaman berpatutan sebanyak 3.60 peratus setahun berbanding 5.25 peratus setahun sebelum ini yang ditawarkan menerusi pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan dan tentera,” katanya.
“Keputusan mengenainya akan diketahui sebelum akhir tahun ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment