KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (Angkasa) yang menaungi 8,000 koperasi di seluruh negara, kini
menceburi bidang produk makanan di bawah jenama Angkasa Food.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=704811
Published: October 26, 2012
Antara produk tersebut ialah nasi lemak Pak Nasir, sate, roti jala dan
pelbagai perencah masakan yang turut dieksport ke beberapa negara Asia
Barat seperti Arab Saudi, Dubai dan Iran bermula bulan depan.
Presiden Angkasa Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum hari ini melancarkan
jenama itu serta memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan dua
syarikat pembekal ayam dan daging iaitu Juara Rasa Maju Sdn Bhd dan
Sidratul Muntaha Abjad Sdn Bhd.
"Angkasa juga akan memasarkan ayam dan daging mentah serta produk
berasaskannya seperti daging burger, bebola ayam dan nuget bagi pasaran
dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat
pengedaran makanan berpusat dan produk makanan Angkasa Food di sini.
Katanya bagi jualan dalam negara, Angkasa menyasarkan RM5 juta untuk
produk makanan bermasak dan RM30 juta bagi produk ayam dan daging mentah
tahun depan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment