Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EmasRM5_598seaun/Article/index_html
Published: October 11, 2012
HARGA seaun emas dijangka akan mencecah sehingga AS$1,800 (RM5,598)
dalam tempoh setahun akan datang dan melepasi AS$2,000 (RM6,220) bagi
tempoh dua tahun lagi terutama dirangsang oleh permintaan yang tinggi,
kadar faedah rendah dan kegiatan bank pusat membeli emas.
Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AmInvestment Bank
Group, Ng Chze How berkata, orang ramai kini meluaskan peluang pelaburan
masing-masing dengan emas dan hartanah sebagai pilihan utama semasa.
“Jangkaan peningkatan harga ini didorong oleh permintaan tinggi,
lebih-lebih lagi ekonomi Amerika Syarikat semakin meningkat dan
menyumbang kepada kuasa membeli di China, India dan Timur Tengah.
“Golongan dari negara terbabit adalah pengguna terbesar dalam
pasaran ekuiti emas,” katanya pada taklimat media mengenai peluang
pelaburan emas di Kuala Lumpur, semalam.
No comments:
Post a Comment