Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BNMpercepatsiasatGenneva/Article/index_html
Published: October 31, 2012
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.
“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.
Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.
Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.
No comments:
Post a Comment