ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkeyakinan
bahawa sektor koperasi di negara ini mampu menyumbang sekurang-kurangnya
lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sektorkoperasisumbang5_KDNK/Article/index_html
Published: October 10, 2012
Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, sasaran itu
mampu dicapai berikutan rangsangan diberi kerajaan melalui penurunan
kadar cukai pendapatan koperasi antara 1.0 dan 7.0 mata peratusan dalam
Belanjawan 2013.
“Fokus khusus diberi Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak pada belanjawan itu bakal mengubah landskap aktiviti
komersial koperasi dengan jangkaan lebih ramai golongan muda terbabit
koperasi,” katanya sempena Persidangan Koperasi Angkasa-Persekutuan
Koperasi Singapura Kebangsaan (SNCF) di Kuala Terengganu.
Menurutnya, dengan lebih tujuh juta ahli koperasi di seluruh negara,
sasaran itu mampu dicapai dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk
membimbing koperasi kecil yang jumlahnya hampir 90 peratus di seluruh
negara.
“Dengan penggubalan Dasar Koperasi Negara 2011-2020,
Angkasa optimis sasaran 10 peratus koperasi menyumbang kepada KDNK
negara mampu dicapai,” katanya. Sementara itu, Angkasa akan membawa
lebih banyak koperasi yang berpotensi menceburi industri pembinaan dan
hartanah bagi membantu kerajaan mengatasi masalah perumahan di negara
ini.
No comments:
Post a Comment