BENTONG, 20 Okt (Bernama) -Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (Angkasa) memerlukan dana RM3 bilion bagi membina rumah mampu
milik menerusi produk pembiayaan Musyarakah Mutanaqisah (MM).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=703561
Published: October 21, 2012
Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata dana itu
akan dikumpul melalui pelbagai sumber termasuk sumber dalaman dan
kerajaan akan membina rumah tersebut dalam tempoh tiga tahun bermula
tahun depan.
Katanya, pembinaan rumah mampu milik menerusi pembiayaan MM itu mampu
membantu kerajaan menyelesaikan isu pemilikan rumah di kalangan rakyat
yang berpendapatan rendah sederhana.
"Pembeli rumah akan menikmati kadar bayaran rumah yang lebih murah dan
mudah di samping tempoh pembiayaan yang lebih singkat berbanding kaedah
yang sedia ada di pasaran," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Induksi
Koperasi Ahli Baru Angkasa Zon Tengah dan Taklimat Koperasi Perumahan
Angkasa Bhd di Janda Baik, dekat sini Sabtu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment