Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SalurRM2btahundepan/Article/index_html
Published: December 31, 2012
Pengarah Urusannya, Datuk Zabidah Ismail berkata, pada tahun ini juga, pihaknya sudah mencapai sasaran penambahan sahabat baru AIM dalam 60,000 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 350,000 sahabat.
Beliau berkata, bagi pusingan dana tahun depan pihaknya masih menyasarkan untuk menyalurkan antara RM2 bilion selain bergantung kepada pusingan balik bayaran pembiayaan sahabat.
“Kami percaya berada di landasan yang tepat untuk mencapai misi lima tahun AIM terutama dalam usaha melahirkan 100,000 usahawan berstatus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang 2015.
“Malah, kami menjangkakan terus berkembang serta mengekalkan prestasi baik AIM melalui dana sedia ada dan akan lebih agresif melaksanakan pelbagai program serta aktiviti keusahawanan,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.
Menurutnya, sektor PKS juga akan terus berkembang walaupun tahun depan pasaran dilihat lebih mencabar dan paling penting pihaknya melihat ramai usahawan mikro sedar keupayaan mereka dan bersedia bersaing di pasaran.
“Seperti yang tercatat dalam laporan Bank Negara Malaysia iaitu rekod tahunan mengenai sektor PKS, daripada jumlah keseluruhan sumbangan dana, lebih kurang 60 peratusnya adalah daripada AIM sendiri dan kami akan memastikan ia akan terus dikekalkan.
No comments:
Post a Comment