Pengeluar kuih tradisional Melayu, Bahulu Warisan optimis menambah kiosk
jualan bagi mengukuhkan lagi perniagaan selepas mendapat lesen
francais, sekali gus menembusi pasaran luar negara dalam tempoh beberapa
tahun akan datang.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bahulu-warisan-optimis-kukuh-perniagaan-1.116006
Published: December 29, 2012
Pengusahanya, Siti Zuelliah Mohammad berkata, dia mula berjinak
dengan perniagaan bahulu sejak awal 90-an dan kini, syarikat itu mampu
menghasilkan 320,000 bahulu sehari.
"Pelanggan boleh mendapatkan Bahulu Warisan di 32 kiosk sedia ada di
seluruh Malaysia khususnya pasar raya besar Tesco dan Giant.
"Setiap kiosk dilengkapi dengan ketuhar gelombang mikro dan mesin
pengadun tepung bagi memudahkan proses membuat bahulu dan pelanggan
berpeluang mendapatkan bahulu panas," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sambutan memberangsangkan daripada pelanggan di seluruh
Malaysia memberikan keyakinan kepada syarikat untuk meningkatkan jualan
sehingga 20 peratus sepanjang tahun ini.
Katanya, harga yang ditawarkan antara RM3 hingga RM13 bergantung jumlah dan saiz bekas yang digunakan.
Setiap 10 biji bahulu dijual dengan harga RM3 dan Bahulu Warisan turut
dijual dalam tiga saiz berbeza iaitu kecil (RM6), sederhana (RM10) dan
besar (RM13).
"Selain bahulu, Bahulu Warisan turut menjual kuih tat dan suji yang
dihasilkan sendiri, selain keropok lekor dari Terengganu," katanya.
No comments:
Post a Comment