KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan
agensi-agensi penguatkuasaan lain mengambil semua langkah perlu untuk
mempercepatkan siasatan mengenai Genneva Malaysia Sdn Bhd untuk membantu
penyelesaian perkara itu.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=713621
Published: December 04, 2012
Dalam satu kenyataan bersama Isnin, BNM, Polis Diraja Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkata mereka telah menerima banyak
rayuan daripada pihak berkaitan berkenaan Genneva Malaysia untuk
melepaskan wang yang dibekukan (RM99.8 juta) dan emas yang disita (126
kilogram) yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.
"Wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya
akan dilepaskan dengan arahan mahkamah," kata kenyataan itu.
Ia berkata, laporan awal perakaunan forensik telah menunjukkan kerugian
besar yang dialami syarikat itu pada tahun 2012 dan syarikat tersebut
mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.
"Operasi sebenar syarikat tersebut iaitu menjual emas pada kadar
kira-kira 20-25 peratus lebih tinggi daripada pasaran, membayar pulangan
kira-kira 2-3 peratus sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas
daripada pelanggan pada harga asal belian emas tidak merupakan sesuatu
yang dapat dikekalkan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment