KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Koperasi Perniagaan Wawasan Kuala
Lumpur Bhd (KOPWAKUL), yang perniagaan utamanya melabur dalam tawaran
awam permulaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
melalui Peruntukan Saham Khas Bumiputera, menyasar untuk mendapat 200
pelabur pada 2013.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714093
Published: December 06, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/koperasi-perniagaan-wawasan-kl-sasar-200-pelabur-pada-2013-1.109951
Published: December 06, 2012
Pengerusinya Fiona Tang memberitahu Bernama bahawa KOPWAKUL telah
mendaftar lebih 100 pelabur sejak mesyuarat agung tahunan pertamanya
pada November 2012.
"Tujuan pembentukan koperasi ini ialah untuk memberi pulangan yang tinggi kepada anggotanya.
"Wawasan jangka panjang kami ialah untuk menubuhkan bank koperasi.
Anggota berdaftar kami dan pelbagai pihak seperti Persatuan Profesional
Sabah dan Sarawak di Selangor dan Kuala Lumpur (PROSASA), akan terlibat
dalam koperasi," katanya.
Koperasi berkenaan menyasar untuk membayar hasil dividan kasar sebanyak
lima peratus dan ke atas kepada semua anggota koperasi dan merancang
membina Wisma KOPWAKUL yang menawarkan kepada anggota akses internet dan
penggunaan perpustakaan secara percuma, katanya.
Bakal pelabur boleh menyertai KOPWAKUL secara dalam talian atau dengan mengisi borang.
"Syaratnya ialah pelaburan minimum RM110, berusia 18 tahun ke atas dan tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment