LANGKAWI, 1 Dis (Bernama) -- Sumbangan industri francais dari dalam dan
luar negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka mencecah
RM22.5 bilion tahun ini dan tumbuh pada kadar 5.0 peratus setahun mulai
tahun depan.
Source from (Bernama):
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=713217
Published: December 02, 2012
Source from (Sinar Online):
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-francais-sumbang-rm22-5-bilion-tahun-ini-1.108867
Published: December 02, 2012
Source from (Utusan Malaysia):
http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121203/ek_05/Francais-semakin-aktif
Published: December 02, 2012
Rohani Abdul Karim (kiri) menunjukkan
salah satu juadah yang dihidangkan
pada majlis perasmian Menu Rakyat 1
Malaysia (MR1M) di Kuching, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hajah Rohani Abdul Karim berkata sumbangan industri itu tahun
lepas berjumlah RM21.48 bilion.
"Kementerian menjangka industri ini akan berkembang positif khususnya
francais mikro bermodalkan RM5,000 hingga RM50,000 dalam negara pada
tahun-tahun akan datang kerana konsep perniagaannya mudah dan
sistematik.
"Di samping itu 46 jenama Malaysia telah bertapak di 50 negara dalam
bentuk francais makro menguatkan komitmen kerajaan untuk membantu
usahawan industri ini," katanya.
Beliau mewakili Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemui selepas merasmikan
program Francais Komuniti Langkawi di sini, Ahad.
Menurut Rohani 20 jenama francais Malaysia bertapak kukuh di Indonesia
dan masing-masing 14 jenama di Singapura dan China manakala di Arab
Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, India dan Vietnam masing-masing
sembilan jenama, Brunei (lapan) dan Australia (tujuh).
Kementerian merancang menganjurkan lebih banyak program penerangan bagi
mengikis persepsi perniagaan francais memerlukan modal besar selain
menemukan bakal usahawan dengan francaisor tahun depan, katanya.
Beliau mengumumkan kerajaan telah meluluskan berkuat kuasa 1 Januari
tahun depan semua francaisi perlu mendaftar dengan kementerian bertujuan
melindungi kepentingan mereka dari dimanipulasi oleh francaisor.
Sebelum itu, Ismail Sabri dalam teks ucapan yang dibacakan Rohani
berkata sehingga 29 November (Khamis) lepas sebanyak 635 sistem francais
dari pelbagai sektor telah didaftarkan dan dari jumlah itu 5,607
perniagaan francaisi telah diwujudkan.
"Program Francais Komuniti lebih merupakan pusat sehenti kementerian
bersama 20 francaisor dalam pelbagai sektor bagi membolehkan pihak yang
berminat menjadi francaisi berhubung," katanya.
Ismail Sabri berkata program itu, yang diadakan di 16 lokasi sejak
dilancarkan pada Oktober tahun lepas, telah mencatatkan nilai potensi
pelaburan francaisi berjumlah RM132.3 juta membabitkan 1,213 bakal
francaisi.
Katanya, sehingga Khamis lepas juga, kementerian telah meluluskan
pinjaman di bawah skim pinjaman mikro kepada 260 orang bakal francaisi
berjumlah RM4.8 juta.
Margin pembiayaan di bawah skim itu sehingga 90 peratus pada kadar 3.0 peratus setahun.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment