Wednesday, December 12, 2012

Angkasa Sasar Semua 650 Koperasi Kredit Di Malaysia Patuh Syariah

KUALA TERENGGANU, 11 Dis (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyasarkan kesemua 650 koperasi kredit di negara ini memperolehi sijil patuh syariah supaya koperasi mengaplikasikan kewangan Islam dalam urusan perniagaan mereka.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=715512
Published: December 12, 2012

Presiden Angkasa Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata sehingga kini, hanya 15 koperasi sudah memiliki sijil itu manakala 50 lagi sedang dalam penilaian.

"Justeru, Angkasa kini giat mengadakan pelbagai program turun padang untuk memberi penerangan kepada koperasi di seluruh Malaysia, termasuk kepada koperasi kepunyaan bukan Islam.

"Tahap kesedaran koperasi kredit ini sudah meningkat kepada mereka tahu kepentingan pengesahan patuh syariah dari Angkasa akan memberi nilai tambah terhadap perjalanan koperasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Kewangan Islam Dalam Gerakan Koperasi di sini pada Selasa.

Seramai 200 peserta terdiri dari ahli koperasi seluruh Terengganu menghadiri seminar selama dua hari itu yang membincangkan tiga tajuk iaitu Pemerkasaan Syariah Melalui Skim Infaq Lil Waqf, Hubungan Syariah Dalam Kehidupan Globalisasi dan Ke Mana Wang Zakat Anda Mengalir.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment