POPIA Muhamad yang sudah bertapak di Kedah sejak hampir 20 tahun lalu
bakal menembusi pasaran Kuala Lumpur menerusi pembukaan kios pertama
yang juga cawangan ketujuhnya menjelang pertengahan tahun depan.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PopiaMuhamadkeKL/Article/index_html
Published: December 31, 2012
Pemiliknya yang juga generasi ketiga Popia Muhamad, Seeni Mohamad
Jamal Mohamad berkata, konsep kios tetap dikekalkan bagi membolehkan
pelanggan mudah membuat pesanan seperti di empat cawangannya di Alor
Setar, Kedah ketika ini.
Katanya, pembukaan kios terbaru di
Kuala Lumpur itu antara tiga cawangan baru dibuka sepanjang tahun depan
berikutan menyedari terdapat permintaan terhadap menu popianya yang
semakin meningkat.
“Sebelum ini, saya banyak menerima tempahan pelanggan di sekitar
Kuala Lumpur serta Putrajaya dan apabila melihat semula permintaan
mereka rasanya tidak salah mencuba nasib melebarkan perniagaan warisan
keluarga.
“Dengan kekuatan 10 kakitangan, ia secara langsung
membantu melancarkan operasi perniagaan popia ini,” katanya ketika
ditemui di Alor Setar, Kedah. Katanya, ketika ini, lokasi strategik
bagi membuka kiosk ketujuh itu masih belum dikenal pasti memandangkan
terdapat beberapa cadangan termasuk di Putrajaya, Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor.
Popia Muhamad
memulakan perniagaan pada 1995 menerusi sebuah gerai di Jalan Tun Razak,
dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu di medan selera Kopitiam,
Restoran Mi Abu, Jalan Sultanah serta kompleks membeli belah, Star
Parade, kesemuanya di Alor Setar.
No comments:
Post a Comment