Sunday, December 16, 2012

SKM Kelantan Sasar Buka 10 COOP1Malaysia Pada 2013

KOTA BAHARU, 16 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan menyasarkan pembukaan kira-kira 10 kedai COOP1Malaysia di negeri ini tahun depan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=915797
Published: December 16, 2012

Pengarahnya, Wan Muhamad Sabri Wan Harun berkata sejak COOP1Malaysia diperkenal pada 2011, 21 koperasi di Kelantan menceburi bidang peruncitan melalui pembukaan kedai runcit.

"Kita akan beri bantuan berjumlah RM30,000 hingga RM60,000 kepada koperasi yang berminat untuk membuka kedai runcit itu selain pinjaman tambahan bernilai RM50,000 sebagai modal pusingan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

COOP1Malaysia dicetuskan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan isu menangani kos sara hidup.

Produk COOP1Malaysia ialah barangan kegunaan harian yang kebanyakannya keluaran koperasi serta usahawan kecil dan sederhana tempatan, yang dikumpul serta dibungkus semula sebelum diedar oleh Felda Trading Sdn Bhd (FTSB), syarikat subsidiari milik penuh Koperasi Permodalan Felda Berhad.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment