KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk
mengembalikan semula wang yang telah dibekukan akibat pelaburan yang
dibuat dalam skim haram. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai sebaliknya
berkata sekiranya terdapat prosiding jenayah terhadap mana-mana kes
penyelewengan, segala aset hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/bank-negara-tiada-kuasa-kembali-wang-dibeku-dari-perlaburan-haram-1.109342
Published: December 04, 2012
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankNegaratiadakuasakembalikanwangyangdibeku/Article
Published: December 04, 2012
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121203/dn_26/Bank-Negara-tiada-kuasa-kembalikan-wang-dibeku
Published: December 04, 2012
"Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi
pemulangan wang atau aset mereka. Maklumat mengenai sama ada dan
bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila
prosiding mahkamah selesai," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Chew Lee Giok di Dewan Negara hari ini
sama ada pelabur skim pelaburan haram yang telah dibekukan aset boleh
mengambil semula wang pelaburan mereka.
Lim turut menegaskan bahawa Bank Negara atau mana-mana agensi
penguatkuasaan hanya mengambil tindakan setelah mengenal pasti berlaku
pelanggaran undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram
dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 oleh syarikat pelaburan.
Kepada soalan asal Chew berhubung perbezaan antara skim pelaburan emas
yang sah dengan yang haram, beliau berkata kebiasaanya perniagaan jual
beli emas haram menggunakan modus operandi menjanjikan keuntungan yang
tinggi dalam jangka masa singkat dan tanpa risiko kepada pelabur.
"Ia (syarikat pelaburan emas haram) juga menggunakan orang kenamaan
atau VIP untuk tujuan pemasaran produk syarikat atau menggunakan nama
agensi penguatkuasaan tanpa kebenaran untuk meyakinkan orang ramai
supaya melabur serta harga emas yang dibeli pelanggan jauh lebih tinggi
berbanding harga pasaran," katanya.
Justeru, Lim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan
awal terhadap latar belakang sesebuah syarikat pelaburan di samping
semakan dengan agensi penguatkuasaan sebelum membuat keputusan untuk
melabur.- Bernama
No comments:
Post a Comment