Saturday, December 1, 2012

AIM Mahu Sediakan Latihan Enam Bulan Kredit Mikro Kepada Wanita Mindanao

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan menyediakan latihan kredit mikro selama enam bulan kepada wanita-wanita di Mindanao bagi membantu mereka meningkatkan status ekonomi sosial di rantau itu, kata Pengerusi Lembaga Amanah, Datuk Amihamzah Ahmad.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712652
Published: November 30, 2012

Source from (Harian Metro): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=713217
Published: December 03, 2012

Menyedari akan potensi peniaga kecil di Mindanao, AIM mahu memainkan peranan penting dan bekerjasama rapat dengan berkongsi dan menyampaikan apa sahaja kepakaran yang ia ada.

"Selain daripada itu, mereka juga akan menghantar orang-orang mereka ke sini untuk mendapatkan latihan dan pengalaman pertama dalam kredit mikro," kata beliau kepada pemberita selepas memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di sini Khamis.

Amihamzah berkata AIM telah membantu negara-negara kejiranan seperti Brunei dan Indonesia.

Di bawah perjanjian MoU itu, AIM akan menyokong keusahawanan, membasmi kemiskinan dan pada masa yang sama memperkasakan komuniti wanita di sana.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment