KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Hari terbuka jualan "cuci Gudang"
Habib Jewel Sdn Bhd di ibu pejabatnya di Ampang di sini, menarik 1,000
pengunjung.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=917068
Published: December 22, 2012
Pengurus Besarnya Mohd Zaruddin Mahmud berkata jualan penghabisan stok
selama lima hari ini diadakan secara eksklusif di ibu pejabat dan di
bilik pameran di Alor Setar.
"Kami menetapkan sasaran yang tinggi iaitu seramai 8,000 pengunjung ke
bilik pameran kami di Ampang Point sepanjang lima hari ini. Kami yakin
mereka yang datang akan melebihi angka itu," katanya dalam satu
kenyataan Jumaat.
Beliau berkata jualan itu menawarkan diskaun antara RM8 dan RM20 segram
bagi emas 916 dan 999, selain tambahan sehingga 70 peratus serta
diskaun 10 peratus ke atas berlian dan batu permata.
Diskaun 80 peratus juga ditawarkan untuk semua koleksi eksportnya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment