Friday, December 21, 2012

SPeKAR nilai kredit peminjam Angkasa

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melaksanakan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA-RAMCI (SPeKAR) bagi menilai kedudukan kredit peminjam mulai tahun depan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SPeKARnilaikreditpeminjamAngkasa/Article/index_html
Published: December 21, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mewajibkan penggunaan sistem itu kepada koperasi bagi mengawal hutang peminjam yang melebihi 60 peratus.

“Sebelum ini, pihak koperasi bergantung sepenuhnya kepada slip bayaran gaji peminjam untuk meluluskan pinjaman tanpa mengetahui beban hutang sebenar mereka. “Ada yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi melakukan pinjaman bertindih berkali-kali dengan koperasi, namun akhirnya terbeban kerana gagal melangsaikan hutang tepat pada masanya,” katanya ketika ditemui pada Seminar Transformasi Kredit Kebangsaan 2012 di ibu negara semalam.

No comments:

Post a Comment