Friday, December 21, 2012

Sembilan Individu Saman Syarikat Pelaburan Emas

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Sembilan pelabur emas memfailkan saman terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dan empat pengarahnya termasuk anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah untuk menuntut dipulangkan wang pelaburan mereka, melebihi RM2 juta.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/9failsamanfirmapelaburanemas/Article

Published: December 21, 2012 Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121221/ma_01/9-pelabur-saman-Genneva

Published: December 21, 2012 Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=916692

Published: December 21, 2012 Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/9-pelabur-emas-saman-genneva-malaysia-1.114174
Published: December 21, 2012

Daud Mohamad, 63, Sofiah Halili, 42, Fazilahtun Ahmad, 42, Izuan Daud, 32, Mahmud Idris, 73, Mohd Sabri Ibrahim, 55, Noor Asykeen Abu Bakar, 36, Noorazylawati Abu Bakar, 35, dan Noraini Jasneh, 30, memfail writ saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Azman & Affendy.

Mereka menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama manakala Tengku Muhaini, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima.

Menerusi pernyataan tuntutan, mereka mendakwa telah terlibat dalam skim pelaburan emas berasaskan syariah yang diwujudkan oleh syarikat Geneva Malaysia yang memberi jaminan ia menguntungkan.

Mereka mendakwa bagi menyertai skim tersebut, kesemua plantif dikehendaki mendeposit sejumlah wang untuk membeli jongkong atau kepingan emas daripada defendan dan akan diberi ganjaran sebanyak dua hingga lima peratus sebulan, bergantung kepada jumlah berat emas yang dibeli.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment