Tuesday, December 25, 2012

Karnival Koperasi jadi acara tahunan

PULAU PINANG 24 Dis. - Karnival Koperasi Bersama Komuniti akan dijadikan acara tahunan berikutan keberkesanannya menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai manfaat yang dapat mereka perolehi daripada koperasi.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121225/wu_05/Karnival-Koperasi-jadi-acara-tahunan
Published: December 25, 2012

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, selain itu, program tersebut juga dapat memupuk semangat kejiranan dan kerjasama di kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, program ulung yang diadakan di kawasan Parlimen Bukit Gelugor ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan penduduk.

"Setiap tahun kita berhasrat untuk menganjurkan program sebegini di kawasan-kawasan berbeza," katanya yang juga Penasihat Majlis Perunding Koperasi Parlimen Bukit Gelugor kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup Karnival Koperasi Bersama Komuniti Parlimen Bukit Gelugor.

Yang turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Senator Norliza Abdul Rahim.

No comments:

Post a Comment