Sunday, December 16, 2012

Malaysia Jadi Hab Asia Tenggara Bagi Pejabat Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Awal Tahun Depan

HULU TERENGGANU, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi hab koperasi Asia Tenggara apabila membenarkan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) menempatkan pejabat perniagaannya di Kuala Lumpur dan akan beroperasi mulai Januari 2013.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=915623
Published: December 16, 2012

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata penempatan pejabat itu di ibu negara diharap dapat membuka lembaran dan peluang luas dalam sektor ekonomi negara bersama-sama menjalankan aktiviti koperasi seluruh dunia.

Katanya langkah ICA itu adalah berikutan Singapura yang sebelum ini merupakan pejabat perniagaan bagi hab Asia Tenggara tidak lagi menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

"Kita sudah mempersetujui pejabat di Singapura itu dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk menjadi hab Asia Tenggara," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Mohd Ali berkata Angkasa telah bersetuju menyediakan sebuah bangunan untuk dijadikan pejabat ICA bagi mengendalikan urusan perdagangan serta eksport-import yang akan berlaku di kalangan koperasi.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment