KUCHING, 21 Dis (Bernama) -- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak memberi jaminan
bekalan keperluan untuk pengguna di negeri itu pada musim perayaan
Krimas ini mencukupi.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=916999
Published: December 22, 2012
Pengarahnya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata ini berdasarkan jaminan
yang diberikan oleh pemborong dan pembekal barangan keperluan dalam
pertemuan yang telah diadakan.
"Hasil perjumpaan yang diadakan, mereka memberi jaminan bekalan makanan
untuk keperluan musim perayaan Krismas ini dan sehingga perayaan Tahun
Baru Cina depan cukup," katanya pada sidang media selepas Majls
Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012, Jualan
Kembali ke Sekolah, dan Kempen Penurunan Harga yang diadakan serentak di
sebuah pasar raya, Jumaat.
Mengulas mengenai skim kawalan harga, Wan Ahmad Uzir berkata skim itu
berkuat kuasa selama lima hari dari 23 hingga 27 Disember depan.
"KPDNKK Sarawak menetapkan harga maksimum borong dan runcit ini
berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan harga di semua daerah,
kawasan di Sarawak bermula dari Januari hingga November lalu berdasarkan
kepada pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment