Wednesday, December 12, 2012

Hampir 100 Peniaga Kecil India Kedah Terima Pinjaman Tekun Lebih RM800,000

PADANG SERAI, 11 Dis (Bernama) -- Hampir 100 peniaga kecil India di Kedah telah menerima pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) berjumlah lebih RM800,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=715462
Published: December 12, 2012

Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras Kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Lunas, S Ananthan berkata mereka mendapat kemudahan itu sejak pinjaman Tekun diperkenalkan kepada masyarakat India pada 2010.

Masyarakat India di negeri ini sangat menghargai jasa pimpinan Barisan Nasional (BN) yang prihatin dengan keperluan mereka, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tekun di Pusat Khidmat DUN Lunas dekat sini Selasa.

Beliau berharap peniaga yang mendapat kemudahan itu mematuhi syarat bayaran balik yang ditetapkan, kerana rekod bayaran balik yang baik akan membolehkan mereka mendapatkan pinjaman sehingga RM100,000.

Sementara itu, Pegawai Tekun Padang Serai Zaiton Abdul Rahman memberitahu peniaga berkenaan menerima pinjaman antara RM8,000 hingga RM20,000 seorang dan ada di kalangan mereka mendapat pinjaman kali kedua.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment