Saturday, December 1, 2012

Sasaran SKM Peroleh Jualan RM24 Bilion Bagi 2012 Hampir Tercapai

JITRA, 29 Nov (Bernama) -- Sasaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mendapat perolehan jualan sebanyak RM24 bilion oleh koperasi di negara ini menjelang hujung tahun ini hampir tercapai apabila hasil jualan semasa telah mencapai RM23 bilion.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=712648
Published: November 30, 2012

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md Yusof Samsudin berkata peningkatan hasil itu adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah koperasi yang berdaftar dengan SKM.

"Sehingga kini, 954 koperasi baharu telah didaftarkan menjadikan jumlah koperasi di seluruh Malaysia sebanyak 10,005 dan jumlah itu mencapai sasaran kita untuk tahun hadapan.

"Walau pun 90 peratus koperasi yang ada menjalankan perniagaan kecil dan mikro, apabila dikumpulkan sebanyak 10,000, ia dapat menyumbang sehingga RM23 bilion pusingan perniagaan (jualan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Rawatan Mahsuri (PRM) milik penuh Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) dekat sini Khamis.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan program SKM, antaranya Satu Komuniti Satu Koperasi dan juga Dasar Koperasi Negara 2011-2020, telah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap koperasi.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment