Saturday, December 22, 2012

Jangan Percaya Skim Pelaburan Guna Jenama 1malaysia - Ppdnkk

KUCHING, 21 Dis (Bernama) -- Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim pelaburan yang menggunakan jenama 1Malaysia.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=917021
Published: December 22, 2012

Pengarahnya Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata orang ramai yang didekati individu atau agen skim pelaburan boleh mendapat pengesahan dengan menyemak status syarikat tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Orang ramai boleh datang ke SSM untuk menyiasat sama ada syarikat pelaburan tersebut berdaftar dengan SSM.

"Dalam kes Skim Pelaburan Beras 1Malaysia, hasil siasatan yang dijalankan, syarikat Dynamic Wira Marketing yang menjalankan aktiviti tersebut didapati tidak berdaftar dengan SSM," katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata skim tersebut merupakan satu penipuan dan ia kini disiasat di bawah jenayah sivil oleh pihak polis.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment