Monday, January 28, 2013

Usahawan Pasar Tani Terengganu catat jualan RM25 juta

KUALA TERENGGANU - Usahawan Pasar Tani (PT) bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri  Terengganu telah berjaya memasarkan hasil pertanian bernilai RM25.4 juta sepanjang tahun lepas.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/PasarhasilpertanianRM25_4juta//Article
Published: January 29, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/usahawan-pasar-tani-terengganu-catat-jualan-rm25-juta-1.125684
Published: January 28, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130128/ek_01/Usahawan-Tani-pasar-hasil-pertanian-RM254-juta
Published: January 28, 2013

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata, ini satu pencapaian  yang amat memberangsangkan berbanding sasaran awal sekitar RM24 juta.

"Tahun ini pula kita sasarkan hasil jualan usahawan pasar tani  sebanyak RM26 juta memandangkan beberapa lagi pasar tani baharu akan diwujudkan tahun ini," katanya kepada Bernama.

Hasan berkata, nilai jualan pasar tani seluruh Terengganu meningkat dari setahun ke setahun iaitu bermula tahun 2007 dengan tujuh buah pasar tani dan hasil sebanyak RM10.8 juta.

Diikuti tahun 2008 (RM11.7 juta), 2009 (RM16.2 juta), 2010 (RM20  juta), 2011 (RM22.6 juta) dan 2012 (RM25.4 juta).

Sehingga tahun lepas, usahawan pasar tani di Terengganu keseluruhannya 1,021 orang.

Beliau berkata, dari segi pasar tani juga berkembang dan meningkat kepada 16 buah sehingga tahun lepas, begitu juga dari segi sambutan masyarakat amat menggalakan.

Katanya, daripada 16 buah pasar tani itu, empat buah daripadanya di Kuala Terengganu, Kemaman (dua), Besut (enam), Hulu Terengganu (tiga) dan  Marang (satu). Tahun ini dua lagi dicadangkan, masing-masing satu di Kemaman dan Kuala Terengganu.

Hasan berkata jualan tertinggi di Pasar Tani seluruh Terengganu  pada tahun lepas adalah ikan laut yang mencatatkan hasil sebanyak RM3.4 juta, diikuti ayam proses RM3.2 juta, sayur-sayuran RM3.1 juta.

Beliau berkata, peniaga pasar tani di Terengganu boleh menjana pendapatan antara RM150 hingga RM700 sehari, bergantung kepada jenis  perniagan. - Bernama

No comments:

Post a Comment