Saturday, January 19, 2013

Poh Kong Tiada Pelan Terokai Seberang Laut

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd, rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, tiada pelan pada masa ini untuk mengembangkan perniagaannya ke seberang laut kerana duti import terhadap emas akan menyukarkannya bersaing dengan pemain emas yang lain.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=922677
Published: January 19, 2013

Pengarah Eksekutif Poh Kong Ermin D. M. Siow berkata, walau pun China merupakan pasaran yang besar bagi komoditi itu, mereka hampir mustahil maraih pasaran itu kerana duti import yang dikenakan terhadap emas akan "membunuh" mereka.

"Pada masa ini, kami masih merasa selesa di dalam pasaran tempatan. Pasaran tempatan masih ada ruang bagi dipertingkatkan.

"Malah, kami belum meneroka pasaran Sabah, Sarawak dan Pantai Timur," katanya kepada Bernama.

Siow berkata syarikat itu merancang meneroka Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan sebagai sebahagian pelan pengembangannya.

"Kami juga mahu meraih rantaian pasar raya dan gedung yang besar. kami merasakan pasaran mempunyai potensi, kami akan wujudkan cawangan di sana dan kami tidak lagi membuka cawangan yang berasingan."

"Cawangan berasingan tidak mudah kerana trend membeli belah kini ialah "semua peroleh dari bawah satu bumbung dan kami juga perlu mengambil kira aspek keselamatan" katanya.

Pada masa ini, katanya Poh Kong mempunyai 104 cawangan dan secara purata, syarikat itu membuka antara empat hingga lima cawangan setahun pada kos pelaburan antara RM3 juta dan RM5 juta bagi setiap cawangan.

Tahun ini, Poh Kong akan menganjurkan majlis penerangan bergerak bagi mempromosikan jenama dalamannya selain menawarkan promosi secara online melalui facebook dan cawangan online, Rakuten Malaysia, yang bermatlamat menarik pelanggan lebih muda.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment