SINGAPURA - Permintaan untuk emas mungkin akan meningkat dengan dunia
kini bergerak ke arah sistem rizab pelbagai mata wang berikutan
ketidakpastian kestabilan dolar dan euro, demikian menurut analisis aset
pegawai utama yang diadakan oleh bank-bank pusat dan dana kedaulatan di
sini.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/global/dolar-dan-euro-tak-stabil-permintaan-emas-mungkin-naik-1.121683
Published: January 16, 2013
Ini adalah rumusan analisis sistem monetari dunia oleh Forum Institusi
Monetari dan Kewangan Rasmi (OMFIF) dalam satu laporan yang diadakan
oleh Majlis Emas Dunia, iaitu badan pembangunan pasaran industri emas.
Dirangsang oleh kehendak China untuk meningkatkan pengaruh kewangannya,
renminbi China mungkin muncul secara berperingkat sebagai mata wang
antarabangsa tulen dengan Beijing mengurangkan hadnya ke atas penggunaan
transaksi dan pelaburan keluar negara.
Dalam tempoh akan datang berhubung ketidakpastian dan transisi antara
mata wang rizab yang berbeza, para pengurus aset bank pusat rasmi
seluruh dunia mungkin meningkatkan minat masing-masing terhadap emas
ekoran keraguan mengenai kekuatan keseluruhan pengaturan monetari
global, kata laporan itu.
Laporan OMFIF itu meninjau kepastian pengurusan aset berhubung pengagihan kuasa ekonomi global. - Bernama
No comments:
Post a Comment