Monday, January 21, 2013

Bangun ekonomi Islam (Bank Rakyat)

Shah Alam: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap usaha memajukan ekonomi ummah menerusi sistem kewangan Islam dapat diteruskan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPEIM).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BangunekonomiIslam//Article/index_html
Published: January 21, 2013

Menurut Muhyiddin, program pembangunan ummah dilaksanakan YAPEIM selaras Prinsip Keterangkuman menerusi Model Baru Ekonomi digariskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, peranan dimainkan YAPEIM juga membuktikan sektor sosial mempunyai tanggungjawab sama dengan sektor lain dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

“Kerajaan akan terus menyokong usaha membasmi kemiskinan dan membela golongan masyarakat memerlukan. Kita membuktikan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Bumiputera dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

“Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah Dasar Transformasi Nasional pula menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat memajukan diri dan keluarga, seterusnya meningkatkan taraf hidup,” katanya pada majlis Anugerah Tokoh Sahabat Ar Rahnu YAPEIM sempena Kejohanan Golf Amal Perdana YAPEIM, di sini, semalam.

Turut hadir dalam majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman dan Ketua Pengarah YAPEIM Datuk Dr Abdul Malek Awang Kechil. Katanya, program pembasmian kemiskinan menerusi Projek Perintis Skim Pembiayaan Ikhtiar, diinstitusikan sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sumbangan besar YAPIEM membangunkan ekonomi ummah.

Beliau berkata, Program Mikro Kredit Ar-Rahnu yang dilaksanakan secara bersama dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) di bawah penyelarasan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kejayaan membanggakan. “Kini, YAPEIM peneraju utama program ini di Malaysia dengan jumlah premis mencecah 280 di seluruh negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment