KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Sumbangan industri francais dari
dalam dan luar negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
disasarkan mencecah RM23.6 bilion tahun ini berbanding RM22.5 bilion
tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921790
Published: January 16, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130116/ek_02/Kerajaan-galak-usahawan-sertai-francais
Published: January 16, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-francais-dijangka-sumbang-rm23-6b-1.121685
Published: January 16, 2013
Sehingga kini, katanya sejumlah 46 francaisor tempatan berjaya
mengembangkan jenama francais ke 50 negara asing dengan jumlah
keseluruhan 1,413 cawangan francais.
"Ini menyumbang kepada pengunjuran pendapatan negara kasar yang
mendadak sejak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan francais tiga tahun
lepas.
"Kita boleh nampak strategi yang dijalankan ini berjaya dilaksanakan
dalam menerajui promosi produk serta penjenamaan francais pada peringkat
antarabangsa, yang turut meningkatkan tahap keyakinan usahawan luar
terhadap jenama francais tempatan," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas prapelancaran
Simposium Ekspo Francais Asean (AFES) 2013 dan Penyampaian Lesen
Francais yang turut dihadiri Duta Thailand ke Malaysia Krit Kraichitti
di sini hari ini.
Beliau yakin pelbagai inisiatif serta program yang dijalankan kerajaan
dengan matlamat memantapkan infrastruktur pembangunan francais mampu
membantu kementerian bergerak secara agresif bagi menetapkan hala tuju
strategik pembangunan industri francais di negara ini.
"Saya berharap penggiat francais mengadakan perancangan pembangunan
perniagaan sendiri selari dengan strategi kerajaan untuk mencapai
sasaran menjadi hab francais di Asia Tenggara menjelang 2020," katanya.
Menurut Ismail Sabri, Malaysia mempunyai beberapa persamaan seperti
makanan dan budaya dengan negara Asean lain yang merupakan salah satu
faktor menyumbang kepada perkembangan industri francais.
Katanya, 20 jenama francais Malaysia bertapak kukuh di Indonesia (59
cawangan) manakala masing-masing 14 jenama di China (74 cawangan) dan
Singapura (22 cawangan).
Ditanya mengenai kedudukan jenama francais Malaysia berbanding negara
lain, Ismail Sabri berkata setakat ini tiada data yang direkodkan namun
kementerian akan menjalankan kajian secara terperinci pada masa akan
datang.
Menyentuh mengenai AFES 2013, beliau berkata AFES merupakan program
francais antarabangsa peringkat Asean julung kali diadakan di negara
ini, yang menyasarkan penyertaan 500 delegasi persidangan, 80 ruang
pameran dengan 32 pempamer tempatan dan 48 pempamer antarabangsa serta
anggaran kehadiran 10,000 pengunjung.
AFES 2013 itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama
tiga hari bermula 8 Mac depan sebagai platform kepada produk francais
Asean untuk dipromosikan ke pasaran antarabangsa.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment