Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) terus mengorak langkah untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berjaya apabila menyasarkan untuk menyalurkan pembiayaan RM195 juta kepada 620 usahawan tahun ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=923530
Published: January 23, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PUNBsasarsalurpembiayaanRM195j//Article/index_html
Published: January 23, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130123/ek_05/RM195-juta-bantu-usahawan
Published: January 23, 2013
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PUNBsasarluluspinjamanRM195j/Article
Published: December 23, 2012
Khairy Jamaluddin (lima dari kiri) bersama pemenang Cabaran
Perniagaan PUNB 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya jumlah itu dapat membiayai lebih 620 usahawan yang disalurkan
menerusi empat skim, iaitu Skim PROSPER Runcit, Skim PROSPER Borong,
Skim Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) dan Skim PROSPER Usahawan Muda
(PUMA) dengan tawaran pembiayaan antara RM5,000 dan RM5 juta.
Tahun lepas, PUNB meluluskan pinjaman bernilai RM166.78 juta kepada 539
orang usahawan, kata Khairy kepada pemberita selepas majlis penyampaian
hadiah kepada pemenang Cabaran Pelan Perniagaan PUNB 2012.
Katanya perhatian akan diberikan kepada golongan muda khususnya dalam
skim PUMA untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan generasi
tersebut.
"Kita akan bekerjasama dengan institut pengajian tinggi dan kelab-kelab
usahawan untuk mendedahkan pelajar dengan bidang keusahawanan sebagai
kerjaya yang lebih menarik," katanya.
Khairy berkata masalah persepsi seperti syarat permohonan yang terlalu sukar juga akan diberi perhatian PUNB.
"Ramai usahawan yang fikir susah untuk mendapatkan pinjaman. Sedangkan
kita tidak seperti bank yang memerlukan cagaran untuk sesuatu pinjaman.
Malah, untuk skim PUMA tidak perlu pun sediakan rekod prestasi
syarikat," katanya.
Untuk itu, Khairy berkata PUNB tidak mengambil pendekatan pasif dengan
menunggu permohonan pinjaman tetapi sentiasa proaktif mencari usahawan
yang layak untuk mendapatkan pembiayaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Dzulkifli Fadzilah berkata
Cabaran Pelan Perniagaan PUNB 2012 telah berjaya merekodkan penyertaan
299 rancangan perniagaan dari kategori pelajar dan awam.
Daripada jumlah itu, 10 kumpulan telah di senarai pendek dan menerima
hadiah wang tunai berbentuk geran perniagaan dengan nilai keseluruhan
berjumlah RM170,000.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment