ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Fama mensasarkan seramai 80,000 hingga
100,000 ahlinya menyertai Koperasi Pasar Tani Kebangsaan selepas semua
negeri menubuhkan koperasi masing-masing menjelang Februari depan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=923534
Published: January 23, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/fama-sasar-100-000-ahli-sertai-koperasi-pasar-tani-kebangsaan-1.124172
Published: January 23, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130123/ek_07/Sasar-100000-usahawan-sertai-koperasi
Published: January 23, 2013
Selain Kedah yang baru sahaja menubuhkan koperasi pasar tani negeri hari
ini, terdapat tiga lagi negeri yang masih dalam proses penubuhan
koperasi berkenaan iaitu Sarawak, Perak dan Pulau Pinang.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis amanat 2013 kepada usahawan
Fama di sini Selasa, Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata
sasaran keahlian untuk koperasi itu termasuk pembantu pasar tani dan
ahli keluarga usahawan Fama.
Badruddin berkata koperasi itu akan menjadi satu tabung kewangan yang
akan dapat mengangkat martabat usahawan Fama ke arah yang lebih baik
hasil dari titik peluh usaha dan perniagaan mereka.
"Apabila koperasi ini besar, ia akan dapat melabur dalam banyak
pelaburan sama ada melalui pihak swasta atau milik kerajaan bagi
membantu koperasi dari segi pulangan dividen.
"Mungkin juga kita akan buka ladang ayam, reka cipta benih ayam dan
sebagainya dan kita pasarkan ayam-ayam tersebut di pasar tani, jadi kita
tak perlu lagi memborong melalui orang tengah," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment