Monday, January 21, 2013

Pikat 31 rakan niaga - Pelabur emas

Kuala Lumpur: Hijjaz Gold Sdn Bhd (HGSB), menganjurkan program terbarunya, Program IQ Emas bagi melahirkan lebih ramai golongan celik emas, sekali gus menyasarkan 31 rakan niaga negeri terpilih di seluruh negara untuk memasarkan tiket HGSB.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pikat31rakanniaga//Article/index_html
Published: January 21, 2013

Ketua Pegawai Eksekutifnya Md Zamri Mohamad Nazir berkata, melalui program itu, pihaknya akan berkongsi rahsia kejayaan pakar emas kerana komoditi ini sering menjadi buruan sedangkan 90 peratus daripada mereka mengalami kerugian besar berikutan kurangnya ilmu serta pengetahuan mengenai kaedah dan cara pemilikan emas yang sebenar.

“HGSB meletakkan matlamat dengan menyediakan kaedah yang tepat dan mudah untung kepada masyarakat melalui program baru ini dan sasaran peserta kita adalah mereka yang berhasrat membuat emas sebagai pelaburan, perniagaan, simpanan dan juga kepada pelabur emas yang telah rugi.

“Mereka yang berminat menyertai perlu membeli tiket HGSB melalui ejen cawangan di mana ia bukan saja dilengkapi ilmu lengkap emas, tetapi turut diadakan konsert kumpulan Hijjaz, ceramah ustaz jemputan dan cabutan bertuah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, HGSB juga akan mengadakan promosi bergerak bersama Hijjaz bagi program jualan tiket yang bermula bulan ini dan setiap mereka yang menjadi ejen negeri akan diberi peluang untuk membuka cawangan Hijjaz Gold.

No comments:

Post a Comment