KUALA LUMPUR, Jan 29 (Bernama) -- Gabungan Dewan Perniagaan dan
Perindustrian India Malaysia (MAICCI) menyambut baik keputusan Bank
Rakyat untuk mengecualikan pemohon daripada penelitian rapi oleh Credit
Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit
Berpusat (CCRIS) untuk Skim Mikro I-Pembiayaan (MUsk).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=924792
Published: January 30, 2013
Pakej mikro-pembiayaan yang diumumkan pada 28 Jan kini boleh diperoleh
di semua cawangan bank seluruh negara dan daripada RM1,000 hingga
RM50,000 dengan yuran perkhidmatan 2.5 peratus.
Dalam satu kenyataan Selasa, Presiden MAICCI, Datuk K.K. Eswaran
berkata langkah itu menyediakan "peluang kedua" untuk ramai usahawan
kecil, yang tidak mampu mengembangkan perniagaan masing-masing kerana
disenaraihitamkan oleh CTOS atau CCRIS.
Eswaran berkata pertubuhan itu telah menyuarakan kebimbangan mereka
mengenai isu disenaraihitamkan semasa kunjungan hormat ke atas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Mei tahun lepas.
"Kami kemudiannya, memberikan kepada beliau memorandum terperinci yang
mengetengahkan kepentingan bagi menepikan penelitian rujukan kredit CTOS
dan CCRIS, yang akan memberi peluang banyak usahawan yang
disenaraihitamkan terutamanya sebagai penjamin," tambah beliau.
MAICCI ialah pertubuhan perniagaan India yang mewakili pelbagai dewan
perdagangan dan industri serta persatuan perniagaan India.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment