Wednesday, January 2, 2013

Penoreh Manfaatkan Agensi Kerajaan Untuk Bergelar Usahawan IKS Berjaya

KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) -- Jika dahulu hidup ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", bekas penoreh getah Ghazali Yusuf kini bergelar usahawan industri kecil sederhana berjaya, hasil bantuan agensi kerajaan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=918783
Published: January 02, 2013

Ghazali, 69, dari Kampung Langkap, Setiu, menubuhkan H. H Laris Enterprise yang mengeluarkan produk sos makanan dan minuman ringan 10 tahun lepas, kini menarik nafas lega dengan hasil jualan RM30,000 sebulan.

"Saya mula mengikuti kursus-kursus pembuatan sos dan kicap yang dianjurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan mula memberanikan diri untuk cuba menghasilkan produk itu secara kecil-kecilan.

"Dengan bantuan Risda, akhirnya saya berjaya mencari resipi yang mendapat maklum balas yang bagus dan kini produk keluaran syarikat saya sudah mendapat tempat di beberapa pasar raya Mydin," katanya kepada Bernama ketika menyertai pameran Ekspo Halal anjuran Fama di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini baru-baru ini.

Beliau yang dibantu empat pekerja bercadang menambah jenis produk dengan mengeluarkan cuka masakan selain mempelbagaikan produk minuman berkarbonat yang kena dengan selera penduduk tempatan.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment