Peneraju rangkaian peruncitanbarangan kemas, Poh Kong mengetengahkan Koleksi Melur dalam siri Anggun sebagai pertaruhan terbaru dengan corak bunga-bungaan emas 916.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/poh-kong-pertaruh-koleksi-melur-1.65723
Published: July 12, 2012
Pengarahnya, Christine Choon berkata, perhiasan emas 916 Koleksi Melur itu disasarkan kepada wanita Malaysia yang mementingkan gaya dan trend di samping menghargai nilai tradisional.
Menurutnya, Koleksi Melur menerapkan kehalusan seni yang memberi tumpuan terperinci kepada corak bunga dan boleh diabadikan sebagai hadiah tidak ternilai.
“Keindahan bunga yang ditampilkan menerusi barang kemas diperbuat daripada emas sering dilihat sebagai perhiasan berseni dan indah.
“Anggun menjadi simbol kesenian rantau Asia dan setiap reka bentuk telah ditempa untuk memberi tanggapan memukau,” katanya.
Choon berkata, selain Koleksi Melur, himpunan terbaru turut mengetengahkan Koleksi Karya Anggun yang menggabungkan beberapa motif bunga.
Katanya, selain itu, Poh Kong turut menambah rekaan kepada Koleksi Manja serba comel khusus untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment