Friday, July 13, 2012

Lulusan Indonesia dipelawa sertai koperasi alumni

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm

Published: July 12, 2012

KUALA LUMPUR 10 Julai - Rakyat Malaysia lulusan institusi pengajian tinggi (IPT) di Indonesia dipelawa menyertai Koperasi Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (Kopapti) yang mesyuarat permulaannya akan diadakan Sabtu ini.

Penasihat Kopapti, Dr. Shamsul Bahar Abdul Kadir (gambar) berkata, buat permulaan keahlian koperasi berkenaan dibuka untuk mereka yang menetap atau bekerja di negeri Selangor sebelum ia dikembangkan ke negeri-negeri lain.

Menurut beliau, penubuhan Kopapti bertujuan menggalakkan para lulusan IPT Indonesia terlibat dalam perniagaan secara berkelompok sekali gus menjana ekonomi mereka di samping menyahut seruan kerajaan yang mahu melihat lebih banyak koperasi diwujudkan di negara ini.

“Kami sangat berharap para alumni terutama lulusan 1980-an hingga tahun lepas dapat menghadiri mesyuarat permulaan pada Sabtu ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini. Ia akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAPTI yang bermula pukul 8.30 pagi," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) berkata, Kopapti memerlukan kehadiran mereka pada mesyuarat permulaan itu bagi menjayakan usaha murni tersebut.

No comments:

Post a Comment