Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tekunharapdanabajet/Article/index_html
Published: July 02, 2012
TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional)
berharap peruntukan dana diteruskan dalam bajet 2013 bagi meramaikan
usahawan Bumiputera yang berjaya.
Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, hasrat itu
selari dengan tujuan kerajaan meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera
menerusi perniagaan.
“Kami menggalakkan agenda Bumiputera
dalam konteks 1Malaysia untuk memastikan golongan ini maju bersama
masyarakat Cina dan India,” katanya selepas Seminar Transformasi
Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Peruncitan 2012 zon utara, di Pulau
Pinang, semalam.
Seminar itu dianjurkan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu
Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Sambil
menyifatkan modal sebagai masalah paling besar dihadapi golongan
Bumiputera, Abdul Rahim berkata, Tekun Nasional akan terus membantu dan
memastikan golongan ini berjaya.
No comments:
Post a Comment