Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sindiketcagaremastiruantumpas/Article
Published: July 28, 2012
Bank sekitar ibu negara alami kerugian RM36.6 juta
“Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu di bank tempatan.
“Hasil siasatan dijalankan, kita menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 33 tahun sekitar ibu negara sepanjang minggu lalu bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH, semalam.
Izany berkata, siasatan mendapati semua suspek berperanan sebagai orang tengah iaitu menggadaikan emas tiruan dibekalkan dalang sindiket yang masih dalam buruan polis.
"Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu":. - Izany Abdul Ghani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala LumpurKetua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani, berkata RM36.6 juta itu adalah sebahagian daripada keseluruhan RM75 juta yang dilaporkan di seluruh negara.
“Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu di bank tempatan.
“Hasil siasatan dijalankan, kita menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 33 tahun sekitar ibu negara sepanjang minggu lalu bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH, semalam.
Izany berkata, siasatan mendapati semua suspek berperanan sebagai orang tengah iaitu menggadaikan emas tiruan dibekalkan dalang sindiket yang masih dalam buruan polis.
Sindiket untung berganda
Sementara itu, Timbalan Pengarah 1 JSJK Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata ada sindiket meraih keuntungan berganda dengan menggunakan orang ketiga untuk menebus emas tiruan yang digadai mereka.
Katanya, modus operandi sama pernah dikesan sebelum ini, iaitu anggota sindiket menggadaikan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di bank dan menerima nilai gadaian, kemudian menjual surat gadaian kepada orang ketiga.
Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah bank dan orang ketiga.
Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan, satu sindiket dikesan mencagarkan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di cawangan bank di seluruh negara mengakibatkan kerugian kira-kira RM75 juta.
Sindiket itu dikesan menggunakan modus operandi dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen.
No comments:
Post a Comment