Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
Published: July 06, 2012
KUALA LUMPUR 5 Julai - Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
menganjurkan pameran Franchise International Malaysia 2012 (FIM2012)
selama tiga hari, bermula esok.
Program yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala
Lumpur itu akan mempertemukan syarikat francaisor dan francaisi terkenal
dari dalam dan luar negara.
Program itu bertemakan "Transforming Economy: The Franchising Way"
dijangka dihadiri oleh 11,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.
FIM2012 akan turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri
yang juga Penaung MFA, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Sabtu ini bagi
menyampaikan ucaptama.
Sementara itu, FIM2012 turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
seperti persidangan, pameran, bengkel peluang perniagaan francais dan
demonstrasi produk francais.
Maklumat lanjut di laman web http://mfa.org.my/fim2012/
No comments:
Post a Comment