KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri merancang
mewujudkan program pemadanan usahawan antara negeri yang bertujuan
membantu mengembangkan perniagaan usahawan mikro di negara ini.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemadananusahawan/Article/index_html
Published: July 07, 2012
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, program itu
akan membolehkan usahawan mikro di setiap negeri dapat berhubung antara
satu sama lain untuk mendapatkan maklumat mengenai produk masing-masing
dan bertukar-tukar pandangan bagi melahirkan idea baru.
“Mereka juga dapat pasarkan produk mereka di kedua-dua negeri melalui
ejen yang dilantik oleh usahawan itu sendiri dan ini dapat meluaskan
pasaran usahawan yang sebelum ini hanya tertumpu di negeri
masing-masing,” katanya pada majlis perjumpaan dengan Usahawan Tabung
Ekonomi Usaha Niaga (Tekun) Nasional peringkat Parlimen Jerlun, di
Kedah, semalam.- Bernama
No comments:
Post a Comment