Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mengadakan gerakan besar-besaran mempromosi dan menambah ahli khususnya di kalangan penjawat awam di negeri ini.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/Kopeksperlugiatpromosi/Article
Published: March 18, 2013
Beliau berkata, kempen promosi itu penting bagi memastikan Kopeks terus berkembang, sekali gus membantu menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.
Tun Mahathir yakin sumbangan koperasi kepada KDNK negara, yang kini hanya sekitar tiga peratus boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.
“Saya percaya kakitangan awam di Sabah, masih ramai yang belum menyertai Kopeks. Sebab itu, saya sarankan Kopeks adakan kempen promosi, menjelaskan tentang faedah, keuntungan dan manfaat diperoleh apabila menjadi ahli Kopeks untuk menarik lebih ramai kakitangan awam menyertainya,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Bicara Tokoh anjuran Kopeks, di sini semalam.
Menurut beliau, dengan pertambahan ahli, kedudukan modal koperasi bertambah kukuh, sekali gus membantu mempelbagaikan skop perniagaan koperasi.
Beliau turut menyambut baik penubuhan Kopeks yang ternyata memberi banyak faedah kepada ahli.
“Saya lihat Kopeks ini banyak ‘menolong’ ahlinya yang terperangkap dengan pinjaman along. Ini adalah satu sumbangan yang baik dan saya harap Kopeks akan terus berkembang dan maju sehinggalah menyambut ulang tahun yang ke-100 tahun nanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment