Monday, March 11, 2013

RM6j untuk Angkasa laksana program koperasi

KOTA BHARU 10 Mac - Sebanyak RM6 juta diperuntukkan oleh Tabung Wang Amanah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) bagi melaksanakan pelbagai aktiviti koperasi tahun ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130311/wt_03/RM6j-untuk-Angkasa-laksana-program-koperasi
Published: March 11, 2013


KAMARUDDIN Ismail (tiga dari kiri) beramah mesra dengan anggota 
koperasi pada Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah di Hotel 
Renaissance, Kota Bharu kelmarin.

Naib Presiden Angkasa, Kamaruddin Ismail berkata, peruntukan tersebut termasuk hadiah kepada pemenang-pemenang hari koperasi sekolah-sekolah seluruh negara.

Katanya, johan pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan menerima hadiah RM15,000 termasuk pakej pelancongan bernilai RM3,000.

"Bagi naib johan, akan menerima hadiah RM13,000 termasuk pakej pelancongan RM3,000 dan tempat ketiga pula berjumlah RM11,000 dan pakej pelancongan RM3,000.

"Sebanyak 15 buah koperasi sekolah seluruh negara terpilih menyertai pertandingan tersebut dan 12 daripadanya menerima hadiah pakej pelancongan bernilai RM3,000," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah yang berlangsung selama dua hari di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah SKM Negeri Kelantan, Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak.

Menurut Kamaruddin, peruntukan tersebut juga diagihkan untuk pelaksanaan program ceramah, motivasi, kursus serta aktiviti modal insan.

Katanya, kursus pengenalan kepentingan koperasi akan diadakan bagi meningkatkan kefahaman anggota masyarakat tentang kepentingan penglibatan diri dalam berkoperasi.

No comments:

Post a Comment