KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Bermula esok, harga barangan keperluan asas
di Sarawak, Sabah dan Labuan diseragamkan dengan Semenanjung di bawah
program 1Malaysia 1Harga. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata antara barangan keperluan asas yang akan
diseragamkan harganya ialah gula, minyak masak dan tepung gandum
kegunaan am.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=931065
Published: March 01, 2013
"Selain itu penyeragaman ini akan turut melibatkan 304 produk Kedai
Rakyat 1Malaysia (KRIM), 89 produk COOP 1Malaysia, dan 69 produk
keluaran Fama.
"Penyeragaman ini berjaya kita lakukan apabila kerajaan menanggung kos
penghantaran produk dari Semenanjung ke Sarawak, Sarawak, dan Labuan
termasuk penghantaran barangan keperluan ke kawasan luar bandar dan
pedalaman menerusi peruntukan sebanyak RM386 juta," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program
1Malaysia 1Harga dan perasmian KR1M di Medan Hamidah di sini, hari ini.
Mengulas perkara itu, Ismail Sabri berkata program 1Malaysia 1Harga
merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi meringankan kos sara hidup
rakyat khususnya di Sarawak, Sabah dan Labuan bagi mendapatkan barangan
keperluan asas.
"Melalui penyeragaman ini juga, peniaga tiada alasan lagi untuk
menaikkan harga barangan keperluan kerana kos penghantaran yang menjadi
antara sebab kenaikan harga barang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
"Untuk memastikan penyeragaman ini berjaya, kita akan buat pemantauan,
dan dalam masa sama kita minta orang ramai (pengguna) turut membuat
laporan berkaitan harga barangan yang telah diseragamkan itu. Pengguna
perlu mainkan peranan dengan beritahu kita, pengguna perlu lindungi diri
dan jangan terima saja apa yang berlaku," katanya.
Menjawab soalan berhubung tindakan yang bakal diambil ke atas peniaga
yang gagal menurunkan harga barang keperluan itu, Ismail Sabri berkata
tiada akta khusus yang membolehkan tindakan diambil sebaliknya tindakan
menyenarai hitam peniaga dan menghentikan pengedaran barang kepada
peniaga boleh dilakukan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan meneruskan cadangan membina 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan.
"Tahun ini, kerajaan bercadang membina 57 buah KR1M lagi di Sarawak,
Sabah dan Labuan. Ketika ini di Sarawak ada empat buah KR1M, tiga buah
di Sabah, baki 54 KR1M lagi sedang dalam proses perancangan dan
pembangunan," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment