Monday, May 20, 2013

RM75 Juta Untuk Bantu Penduduk Miskin di Sabah Menerusi Program 1Azam

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah menyasarkan untuk membawa keluar 7,500 peserta program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) e-Kasih daripada belenggu kemiskinan tahun ini menerusi peruntukan berjumlah RM75 juta. Penolong Pengarah (Projek dan Bantuan) Kementerian itu

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=950699
Published: May 20, 2013

Suzaili Sulaiman berkata program program 1Azam e-Kasih itu tahun ini lebih menumpukan kepada kursus kecantikan dan pembuatan kek yang boleh menjana pendapatan dalam tempoh 3 bulan.

Sementara itu sekumpulan 40 peserta program 1Azam di sini, bertekad untuk berusaha sedaya-upaya memajukan diri dan keluarga bagi membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan. 

Mereka yang menyertai Kursus Asas Keusahawanan dan Penyediaan Sajian selama 10 hari sejak 10 Mei lepas itu merupakan individu yang berdaftar dalam program e-Kasih dari kawasan Sandakan.

Seorang peserta, Hamidah Sahari, 44, bersyukur ada program seumpama itu yang mampu menambahkan lagi keyakinan dan semangat beliau untuk mencari jalan keluar daripada kesusahan dan kemiskinan.

Ibu kepada 11 anak itu masih menanggung lapan anaknya yang bersekolah, sementara suaminya telah bersara dan tidak mampu untuk bekerja.

"Saya hanya menerima tempahan kuih dan mengambil upah untuk menyara keluarga, sekarang saya betul-betul ingin berusaha dan mencari jalan agar saya mampu menyara anak-anak untuk terus bersekolah," katanya ketika ditemui Bernama.

Seorang lagi peserta, Norhayati Iskandar, 17, ingin menceburi bidang perniagaan dengan bantuan serta sokongan dan peluang yang diberi kerajaan melalui program seumpama itu.

Anak gadis itu yang hanya bersekolah setakat tahun lima juga tidak menganggap usia mudanya sebagai penghalang untuk menjadi usahawan berjaya.

"Saya merasakan perlu mengubah nasib dengan menceburi bidang perniagaan sebagaimana orang-orang lain yang majoritinya berjaya hasil daripada perniagaan sahaja," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment