Tuesday, May 28, 2013

Lebih 71,000 Peserta 1Azam Berjaya Tingkat Pendapatan - Rohani Karim

PADANG BESAR, 27 Mei (Bernama) -- Lebih 71,000 peserta program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di seluruh negara berjaya meningkatkan pendapatan mereka sekurang-kurangnya RM300 sebulan, membuktikan program itu mencapai matlamatnya.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=952196
Published: May 28, 2013


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan 

Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata kerajaan akan meneruskan program tersebut yang dilihat dapat membantu menangani masalah miskin tegar di negara ini.

"Bagi tempoh Januari 2011 hingga Disember tahun lalu, sebanyak 106,947 rakyat menyertai program 1Azam membabitkan peruntukan RM1.2 bilion," katanya kepada pemberita selepas penyerahan peralatan 1Azam peringkat negeri Perlis di Kampung Baru Sungai Serai, dekat sini Isnin.

Sementara itu, Rohani berkata bermula tahun ini, semua peserta yang menerima bantuan peralatan di bawah 1Azam akan diwajibkan mengikuti program literasi kewangan bagi melatih mereka menguruskan kewangan dengan lebih berkesan.

Selain itu kementerian juga mewajibkan penerima peralatan menjalani latihan asas penggunaan dan pengendalian peralatan yang diperuntukkan bagi memastikan mereka memanfaatkan bantuan itu secara menguntungkan, katanya.

Bantuan peralatan itu disampaikan Menteri Besar Perlis Azlan Man kepada 150 penduduk membabitkan nilai keseluruhan RM750,000.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment